Friday, August 19, 2011

Iftar di masjid Rohrbach.. :)



salam all..
i just came back from Robarch Mosque...heee
berbuka puase kt situ...sedappp sgt harini punye menu (picture bel0w)! Alhamdulillah.. :)

t0morr0w which is friday ktrg ade mjls International Iftar at International House (Im Neuenheimer Feld 129, Heidelberg).. we are planning to bring some cucur..heee cucur segere je punnn..cucur adabi yg dibawa dari Malaysia..and maybe some sushi dat we have learned last week...will update ab0ut it when i g0t the picture.... :)

and for dis weekend..we are planning to go to Berlin which is Capital city of german. u can see fr0m the map below:


we are from heidelberg...and berlin is quite far from HD..

Our journey will begun at 10am and we will appr0ximately arrive at 5 pm....10 hours and 45 minutes and we have to change trains~ we will b staying there until tuesday. since they are many attraction places that we have to expl0re..cant wait! heee :D

SEE u all in my next p0st! daa~ Have a nice day! Tschoss~

Thursday, August 18, 2011

20 perkara yang membuatkan wanita membenci lelaki..

i think men should kn0w..:)

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga....

Monday, August 15, 2011

weekend in stuttgart!

salam readers!! :D

sedar x sedar,diam x diam,da 15 haru kite berpuase kan! how time flies~ tinggal 15 hari lagi utk kite berpuase dan mengecap segala nikmat dan pahale di bulan ramadhan..h0pe u guys out there rjin2 la melipat gandakan amalan di bulan yg mulia ini... and n0te for myself als0! same2 lah kite mengejar keberkatan dariNYA!:)

2 hari lepas,which is saturday, 5 of us went to stuttgart! we b0ught group ticket..only 6euro per pers0n! saving! heee t0 save our travel, we've decided to do day trip only...s0,we can save on h0tel and train ticket... :) s0, we have to sacrifise our sleep! hee after sahur,only a few hours sleep then our j0urney begun! heee

we take train at 8.01am from heidelberg and arrive stuttgart around 9.40am..the duration around one hour and fourty minutes approximate..when we arrive,we l0ooked for tourist information and checked for the attraction there...and beside of the tourist information counter,there was a mercedes Benz exhibiton. and its free!

in the exhibiton.. style gle kn b0dy kete tu!


we have decided to used bus tour..s0 we can h0p in and h0p 0ut whenever we like~ heee only 15euro per pers0n! :)
this is the bus!



first place dat we've visit was Mercedes Benz Museum..only 4euro per pers0n..and i think it is worth it! bec0z we get the merceds benz tag tu..ala yg utk gantung kad matrik..huhuhu dkt dlm museum tuh,very interesting! fr0m the fundamental,hist0ry,type and m0stly pasal kete la kan~ rugi sape yg g stuttgart x pg merc museum! a few picture here,and slbihnye u ol bley g0dek2 my faceb0ok~ :)


Mercedes Benz Arena(stadium)

in front of the mercedes-benz museum


ape yg ktrg pgg tu? hee sy pn x taw what they were called,but it was like,bile kte tunjuk kt mane2 description dkt kete tu,then de akan bg fundamental o history about dat car...and every fl0or de akan cerita mcm2..huhuu tp sy x amik port sgt..im n0t dat hist0ry gul~


wif one of those car~

gmbar ni sgt best! bile kte lalu,de akan buat cam kte tga bckp sumthing! stylee kan! tgk ape yg atas kpale sy tu..."can i contribute to the future" hurmmmm


dpt bWk racing car! :D dari kecik teringin nk jadi racing driver! :D


next ktrg pg nek strassebahn~ if im n0t mistaken..huhu train tu adalah train yg tertua di situ

yg warna kuning tu la trainnye!

ini pemandangan stuttgart dr ats bukit..:)




i luv u syg(arifah)!


depan schlossplatz.. :)

dlm train,sy and arifah sat beside 2 turki gul.. their name are Elphi and Lola..they invite us for iftar in the Rorbarh Mosque.. Alhamdulillah! murah rezeki.. :)

beratur pjgggggggggggg~



this is the f0od! :)


Arifah n Lola

Me with Elphi

it was nice meeting u gurls! :) and What a w0nderful j0urney that we have go through together and m0re j0urney t0 go~ heee :D OK...nk smbung td0q..huhu bru td0q 4 jam~ heee nite peeps! Have a nice day evry0ne! :D




Wednesday, August 10, 2011

berbuke puase di perantauan~



SALAM ALL!! tajukkk cam gempakk je kann~ heee


ini celita hujung mingguu yg punya~ hohoho lmbttnye la sy mengupdate~ huuu tp nk update jugakk..hee pedehal~ heee

sbtu pg tu,ktrg pegi FLOHMARKT a.k.a car b0ot sale~ mcm2 ade...dr cawan,pinggan mangkuk,bju,sua,bra,aksesori bagai,sampul surat,hiasan yg mcm2,basikal,cd,sbun bsuh bju,radio,camera,loooott of thinggg!~ cume x jual mak ayah n anak2 je di situ~huuuu and sumenye MURAH2! bayangkan basikal bley dpt 1euro sahaja! 1 x rm4.4 = rm4.40 dpt basikal sebiji! :D TAPI sec0nd hand and perlu dibetulkan sedikit here and there..and seperti biase anjinggg bersepah,,,must be very careful! huhuhuhugaya mcm nk blagak gangster~ dgn slipe jmbn nye~ and kpale tu mesti kene senget skit..(konon cam m0del~ haaaaha)

me and arifah~ unik kan cermin tu!


mcm2 depa ni juaii!!~


Cantekkan awannnye! awann nano..nano..nano..nanoo..kekasihku!

Dat day, ktrg dapat jmputan berbuke puase kt uma kak hani.. kak hani amik PHD kat University of Heidelberg.. de adalah super genius! heee salute dkt de! :) then ptg tu pn packing2 since nk td0 uma de,bley jemaah terawih n sahur same2..meriah skit..hee :)

ini kak hani masak utk ktrg.. :) ayam masak kurma, asam pedas, syurr cmpo.. sdp! :)


Desert : Tiramisu + pengat pisang + Butter milch (fav kak hani~)


nyum2!! :)


the next day,0n sunday, kak hani ajak ktrg jalan2 tgk University of Heidelberg..huahhhhhh.... bc0z:
1) x bwk c0ntact lens!
2) slipe jmbann je~ da la cuace sjukk yg amattt..huhu
3) pkai bju td0 je..
4) x mndi pn pg tu (mcm x biase lak kt sini x mndi kannn..heee)
5) x bwk kamera! if pape yg menarik,x leh snap,nseb bek kak hani bwk kamera de,bley menempel kat kamera de! heee

then kak hani bwk ktrg pg tgk garden! botanical garden! de terbahagi kpd 2 tmpt...which are:
1- sahara- kat sini sume jenis kaktus ade..sgale jenis pokok yg hidup di gurun sahara i guess...


2- khatulistiwa- mostly pkok2 kat negara kte! pkok pisang,klape,padi.. bangge gak tgk dorg tanam! then ade pokok kelapa tu,kat dlm isi nye ade buah delima! kacukkk!~



yg ni la description dlm kelapa ade barli..and explanati0n is in german! :)


cntekk kann pokok2 kt blkg tu..masyaAllah.. :)


after that,pg tgk lab kak hani...then dorg ajak pg z0o..huhuhu firstly,sy mmg x nk msukkk...( kucing pn tkottt,ni kan binatang yg len) but,maj0rity wins! i have t0 f0llow~ :) 6euro per pers0n~ interesting jgk z0o di sini! bykk binatang yg x de kt msia...ie; camel,zebra, n byk lagi yg x taw name~ huuu tp kannn z0o kat msia pn x pna jejak..nk c0mpare2 lakk knn..hihihi pasni blek msia,kene p z0o! wjib! heee





peace no war! :D



binatang ini diletak di luar z0o..sume bley tgk free..hihi ini beruang rasenye!hik2



ini adalah guinea pig o hamster...sy pn x sure..huhuhu cntek kn dorg decorate castlenye! mesti s0nokk depa dok dlm nie~ hee


style gile org utann ni~


ini 66dalmati0n~~ smpat kire dalmation nyee! bru berusia 4 bulan.. heee


ini ape yerr...yg sy taw,syafiq cite binatang ni kalau rase diancam de akan kuakan bende yg tajam2 kat bdn de tu kpd musuh..huuhuhu jd,apekah namenye? lndakk? errrrrr~



ini sy taw! babi hutannn!


ini adalah zebra kesayangannn sy! hee



ini binatang sgt lajuuu gerak2..smpai gmbar pun blur~ huu


ini bear cat rasenyee~ hihihi



ini adalahhh...mmmm... ha! tu laa..yg awk sebut tu! hik




ini adalah gajah ksygn awk! hehe cube z0om kaki gajah yg blkg tu,siap bersilang ag! heee ade style la~


setle p z0o,kak hani bwk ktrg pg petik buah epal merah,epal hijau, n pear..beshhh gle rase buahnye! mnisss sgt! fresssh! hee hABis st0k buah, bley pg lagi nti! :D

for iftar, kak hani suggest ktrg pg rest0ran leban0n ni.. try 'falafel'..sumthing new f0r our lidah MELAYU yg pekaatt ni! huuu sedp! tp cam agak muakk...


inilah falafel...yg mcm cekodok tu adlh syur goreng,then hijau tu buah zaitun yg dijeruk,then ade cheese g0reng, cheese mentah, n bunga k0bis g0reng~

blek bwt terawih smbil tersengguk! huuuu sekian! :)




p/s : soryy,sy fail sikit mengenalpasti binatangg..and gmbar sbnrnye ade bykk ag,lum amik kt kak hani ag,bile dpt nti,ill update! :)


Friday, August 5, 2011

Fadilat solat Terawih

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih
terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
terawih poda malam ini.

Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi
‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W.

Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di
akhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu
dilahirkan.

Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.

Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada
engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan
(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga
daripada nur.

Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,
(elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40
tahun ibadat.

Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas
titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang
mabrur.

Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam
terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di
dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta
munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama
Al-Kauthar.”

Related Posts with Thumbnails